Assalamualaikum wahai
pembaca budiman, khusus untuk pembaca
wanita, kali ini saya nak share cara nak jimat servis kereta. Selalu nak murah
macam beli baju jugak la. Kat sini ada sedikit panduan
daripada tipspenjagaankereta.blogspot.com untuk tatapan pembaca. Tapi
kalau rasa nak lagi best, pergilah sendiri ke blog tersebut. Saya percaya ramai
wanita seperti saya memang tercari-cari apa yang nak diservis waktu servis
kereta dan kalau boleh harga nak murah. Betul kan?
![]() |
| Apa yang nak diservis tu? |
Panduan servis kereta
murah
Saya selalu tertanya,
apalah yang nak diservis kereta setiap bulan. Kalau ada panduan kan bagus untuk
buat servis sendiri.
Secara amnya, bila
servis kereta, berikut adalah perkara yang akan dilakukan terhadap kereta anda
yang comel tu;
i) penukaran minyak
enjin + tukar penapis minyak
ii) cuci atau tukar
penapis angin
iii) periksa & top
up air bateri
Kos basic servis di workshop
Minyak enjin (20-50W)
RM50 - 60 ++
Oil filter RM15
Top up battery water
(biasanya free atau termasuk dlm labour charge)
Upah RM15 - RM 25 (tapi
suami saya bagitahu RM 10 je..hmmm)
Tapi kalau rasa nak ke
bengkel jugak, saya blogwalking terjumpa bengkel ni dalam satu blog. Terletak
di Shah Alam, maka sesiapa yang berhampiran bolehlah menuju ke sana.
Kesahihannya? Belum cuba
belum tahu. Makanya, anda cubalah servis sendiri kereta di sana. Alamat Bengkel
Kereta saudara Muin ini yang sudah tentu beralamat di Jalan Persiaran Mewah,
Subang Mewah USJ 1, 47610 Subang Jaya, Selangor. Dengar-dengarnya seorang yang
jujur. Kalau ada yang rekemen, lagilah kita mahu. Zaman-zaman sekarang ni, penting kejujuran dalam berniaga kerana rezeki
menjadi berkat. Walaupun sedikit masih boleh menampung kehidupan seharian. Anda
juga boleh ke blog nadiahjaapar untuk baca lebih lanjut kerana di sana lah saya
terjumpa maklumat ini.
Semoga bermanfaat,
Sarah M

No comments:
Post a Comment