Banner

Wednesday, December 10, 2014

Cara jaga kereta dengan baik elak kereta mati tengah jalan sibuk.

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca yang dahagakan ilmu sekalian. Apa khabar? Moga pencinta ilmu seperti anda tercari-cari panduan atau cara jaga kereta sehingga bertemu dengan blog saya ini.


Bab baiki kereta serah bulat-bulat pada kaum lelaki :)
Orang yang dah tahu jaga kereta khususnya kaum lelaki memang merasakan mudah sekali menjaga kereta. Bila disebut tentang panduan jaga kereta, mungkin mereka pandang sebelah mata kerana pengetahuan dan cara jaga kereta hanya petik jari saja. Semua dalam kepala.

Boleh buat, tapi lambat la....
Namun berbeza dengan kaum wanita. Walaupun dah bertahun-tahun memiliki kereta, panduan jaga kereta dengan baik tidak juga melekat di kepala. Kaum wanita tetap juga perlukan seseorang untuk tolong pastikan kereta berfungsi dengan baik. Macam saya, saya serahkan semuanya kepada suami saya tapi kadang-kadang bila suami tiada di rumah, terpaksa juga hadapi hal kereta dan ambil tahu. Boleh buat tapi sudah tentu ambil masa yang lama. Serba tak faham, apa nak buat sebenarnya. Serba tak kena.


Panggil pomen je la....
Wanita-wanita yang mempunyai kereta ada juga yang bergantung harap kepada bengkel kereta yang boleh dipercayai. Namun dalam pada itu, ada juga yang dicaj dengan mahal kerana kecetekan ilmu hal pembaikan kereta khususnya harga barang dan khidmat memasangnya kerana tidak biasa. Saya pun tidak biasa. Yang saya tahu, harga ikan, harga ayam, harga sabun, shampu dan lain-lain. Yang itu saya memang terer.
Kereta umpama mesin sedut duit.
Memiliki sebuah kenderaan sebenarnya adalah liabiliti. Harganya bukan main mahal ikut speksifikasi dan susut nilai pula amat tinggi.  Kalau bayar ansuran ambil tempoh masa maksimum, nampak macam kita bayar rendah. Namun kalau ditambah semua ansuran bulanan tersebut, buntang mata tengok harga yang dibayar untuk memiliki sebuah kereta dengan gerannya sekali.

Bila memiliki kereta, wang mengalir bagaikan air untuk memastikan enjin kereta bergerak dengan lancar. Bermula bayaran down payment untuk beli kereta. Kemudian ansuran. Kereta pula perlukan minyak untuk bergerak. Penyelenggaraan bulanan juga penting bagi memastikan  kesihatan kereta pada kondisi yang tip top, berfungsi dengan baik dan selamat.
Tol lagi. Semua pakai duit. 


Penjagaan, Pemeriksaan & Penyelenggaraan Kereta


Terima bulat-bulat cadangan sebab dia yang lebih tahu.
Kebanyakan wanita macam saya (saya mengaku ye) hanya tahu memandu tetapi bila ditanya tentang komponen, pemeriksaan dan penyelenggaraan sesebuah kereta, saya memang tak tahu dan hanya bergantung harap kepada pomen di pusat servis atau bengkel.

Setiap kali ke pusat servis atau bengkel pula pasti ada sahaja komponen yang rosak dan perlu diperbaiki atau diganti sedangkan kita tak pasti betul ke ada masalah. Rasa bersalah pula sebab tak tahu berkenaan komponen kereta, sedangkan tiap-tiap hari kita guna dia untuk ke tempat kerja.

Sebenarnya ada banyak perkara dalam penjagaan kereta ini yang boleh dilakukan sendiri. Inilah langkah menjimatkan wang ringgit yang banyak akibat dari kerosakan yang tidak dijangka. Kos yang sepatutnya sedikit ini akan menjadi berlipat kali ganda bila saya dan anda bergantung kepada pomen semata.



Oleh kerana kurangnya pengetahuan, saya terpaksa percaya dan yakin kepada setiap apa yang dikatakan oleh pomen. Jika mereka jujur, saya mungkin bernasib naik, namun kalau mereka sebaliknya, sudah pasti saya juga yang bayar lebih dan mereka untung lebih.



Rosak tepi jalan.

Saya setuju kalau dah nak rosak, memang tidak boleh di hidu seperti pepatah 'Malang tidak berbau' tetapi banyak masalah yang berlaku pada kenderaan sebenarnya boleh dicegah kalau penyelenggaran berjadual dilaksanakan. Mencegah lebih baik daripada merawat, kan? Keselamatan diri sendiri khususnya wanita macam saya dan pada masa yang sama juga bawa anak ke tempat kerja perlu dititik beratkan jika berlaku kejadian kereta mati di tengah jalan raya yang sibuk atau jalan raya yang kurang orang melaluinya.
Oleh itu penting untuk tidak sesekali memandang remeh atau mengabaikan penjagaan dan penyelengaraan kereta."Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya." Penting dapatkan ilmu serta panduan untuk melakukan pemeriksaan dan penyelengaraan kereta sendiri. Tidak perlu jadi hebat seperti pomen tetapi melalui pengetahuan penjagaan dan pemeriksaan mudah ini sekurang-kurangnya dapat memastikan pemanduan menjadi lebih  yakin, tenang dan selamat tanpa perlu menghantar kereta ke bengkel.

Mudahnya Menjaga Kereta

Mahukah anda semua teknik, panduan serta tips penjagaan dan pemeriksaan kereta dikumpulkan dalam satu buku panduan? Macam buku panduan memasak atau buku resepi. Rasa teruja kan?

Kalau anda nak tahu dalam ebook "Mudahnya Menjaga Kereta", memberikan lebih daripada 50 tips penjagaan kereta kekal tip top untuk jaga kereta lama atau jaga kereta baru. Panduan lengkap merangkumi panduan servis, penjagaan enjin, tayar serta komponen dalam dan luaran kereta untuk kereta tempatan mahupun luar negara! 

Paling penting, kebanyakannya panduan yang diberi merupakan RAHSIA pomen yang dibongkar khas untuk membantu anda berjimat cermat dalam penjagaan kereta. Buat sendiri atau tidak, bila tahu apa nak buat, kos penyelengaraan pasti lebih murah kan?

Berapa harga eBook "Mudahnya Menjaga Kereta" ini? Harga ebook ini cuma RM27 sahaja. Dengan memiliki eBook pada harga semurah ini, anda mampu menjimatkan ratusan malah ribuan ringgit dan yang paling penting ianya dapat memberikan anda rasa yakin dan selamat bila jaga kereta sendiri, yang hanya perlu rujuk panduan eBook “Mudahnya Menjaga Kereta”.


Harga RM 27 anda rasa murah? Betul. Memang murah sebab setiap pembelian eBook ini akan mendapat 2 buah lagi eBook secara PERCUMA. Ya, secara percuma. Dua eBook "Panduan Cuci Kereta" dan "Terbongkar Kes Penipuan Bengkel" diberi begitu sahaja kepada anda bila anda membeli ebook panduan “ Mudahnya Menjaga Kereta”. Penjimatan berganda-ganda. Jimat masa, tenaga dan belanja. Baguskan?

Tidak perlu cerita panjang lagi, jika anda rasakan ebook ini sangat berharga untuk anda dan orang tersayang, dapatkan ia di sini. Kalau anda rasakan pelaburan ini tidak berbaloi untuk berjimat cermat bila sana sini harga naik dan ebook ini tidak beri apa-apa perubahan pun kepada  keselamatan diri dan orang tersayang anda  buat masa sekarang, baca lebih lanjut di sini untuk faham lebih lagi.

Semoga bermanfaat,

Sarah M

No comments:

Post a Comment