Banner

Wednesday, December 10, 2014

Kereta rosak tengah jalan anak trauma tukar tadika

Salam pembaca semua, moga sihat luar biasa dan bersyukurlah kita masih bernafas lagi di saat ini.

Hari ini saya nak kongsi satu peristiwa yang mencemaskan berlaku lebih kurang dua minggu yang lalu sampai saya terpaksa tukarkan anak saya ke tadika adiknya semula kerana langsung tak mahu ikut saya ke tadika lagi satu yang hampir dengan tempat kerja saya.

Lebih kurang dua minggu lepas, 31 November, hari Jumaat saya balik ke rumah macam biasa, berdua dengan anak saya yang di ambil di tadika. Tapi hari tu saya singgah masjid untuk sembahyang. Masjid di Permaisuri Kuala Lumpur.

Pukul 8 lebih kurang, saya keluar daripada masjid menuju ke Kajang, ikut jalan dalam. Sampai jalan Yaacob Latif, saya belok kiri menuju ke bulatan di Jalan Cheras.

Allah duga saya.

Sampai di bulatan nak masuk Jalan Cheras, beraturlah saya bersama kereta-kereta lain untuk ke jalan besar iaitu Jalan Cheras. Waktu itulah, tiba-tiba kereta bergerak perlahan dan bunyi enjin tidak kedengaran. Kereta tiba-tiba berhenti sendiri. Alamak. Dalam hati, apa yang sedang berlaku. Saya cuba hidupkan enjin. Namun tidak berjaya. Biar betul ni. Kereta tengah banyak pula ketika itu.

Anak saya bertanya, “kenapa mama?”. Lalu dengan selamba saya menjawab,” kereta mati”. Ketika itu, pekerja buruh, penyelia keluar masuk kenderaan barangkali, memberi isyarat untuk menolak kereta saya masuk ke kawasan pembinaan laluan mrt. Ngeri sekali kerana betul-betul di atas kereta saya, mereka sedang bekerja. 

Risau. Anak saya mula menangis. Ketakutan sejak mereka tolak kereta dan marah-marah kerana kereta tak masuk ke tempat yang sepatutnya. Itu pun nak marah. Saya menghadapi masalah untuk memutar stereng dan  menekan brek yang tak bergerak. Saya cuba kawal kereta yang bergerak dengan brek tangan. Akhirnya kereta masuk juga di kawasan pembinaan. Bahaya betul.
Tunggu punya tunggu, suami saya sampai setelah hampir 45 minit saya di situ. Tunggu lagi pomen untuk sampai. Jiran kami. 

Itulah dia sedikit imbasan kejadian bila kereta saya rosak di tengah jalan. Kalut sekejap kerana tak tahu nak buat apa. Nak keluar kereta banyak. 

Lebih seminggu kereta saya masuk bengkel kerana suami tidak puas hati dan masih ada bunyi yang kuat kali pertama kereta dihantar ke rumah selepas masuk bengkel. Kemudian, masuk bengkel lagi. Bayaran pula menjangkau RM 800.00. Kos tiba-tiba. 

Baru semalam dapat kereta. Rasa lain macam pandu kereta. Keras semacam. 

Anak saya pula, sejak kejadian tak mahu langsung ikut saya ke tempat kerja, kerana takut kereta mati lagi katanya. Langsung kena tukar tadika. Kos tiba-tiba juga tu. Macam-macam. Geleng kepala ibunya ini.

Moral cerita

Inilah masalah utama wanita, hanya tahu bawa kereta, tapi tak nak pantau kereta sendiri. Saya la tu. Oleh kerana itu, saya berazam akan belajar cara jaga kereta dengan baik supaya kereta tak mati tengah jalan secara tiba-tiba lagi. Panduan itu ada di sini

Semoga bermanfaat!

Sarah M

Panduan bagi wanita yang nak servis kereta murah


Assalamualaikum wahai pembaca budiman,  khusus untuk pembaca wanita, kali ini saya nak share cara nak jimat servis kereta. Selalu nak murah macam beli baju jugak la. Kat sini ada sedikit panduan daripada tipspenjagaankereta.blogspot.com untuk tatapan pembaca. Tapi kalau rasa nak lagi best, pergilah sendiri ke blog tersebut. Saya percaya ramai wanita seperti saya memang tercari-cari apa yang nak diservis waktu servis kereta dan kalau boleh harga nak murah. Betul kan?

Apa yang nak diservis tu?


Panduan servis kereta murah

Saya selalu tertanya, apalah yang nak diservis kereta setiap bulan. Kalau ada panduan kan bagus untuk buat servis sendiri.

Secara amnya, bila servis kereta, berikut adalah perkara yang akan dilakukan terhadap kereta anda yang comel tu;

i) penukaran minyak enjin + tukar penapis minyak 
ii) cuci atau tukar penapis angin 
iii) periksa & top up air bateri 

Kos basic servis di workshop 
Minyak enjin (20-50W) RM50 - 60 ++ 
Oil filter RM15
Top up battery water (biasanya free atau termasuk dlm labour charge) 
Upah RM15 - RM 25 (tapi suami saya bagitahu RM 10 je..hmmm)

Tapi kalau rasa nak ke bengkel jugak, saya blogwalking terjumpa bengkel ni dalam satu blog. Terletak di Shah Alam, maka sesiapa yang berhampiran bolehlah menuju ke sana.  

Kesahihannya? Belum cuba belum tahu. Makanya, anda cubalah servis sendiri kereta di sana. Alamat Bengkel Kereta saudara Muin ini yang sudah tentu beralamat di Jalan Persiaran Mewah, Subang Mewah USJ 1, 47610 Subang Jaya, Selangor. Dengar-dengarnya seorang yang jujur. Kalau ada yang rekemen, lagilah kita mahu. Zaman-zaman sekarang ni, penting kejujuran dalam berniaga kerana rezeki menjadi berkat. Walaupun sedikit masih boleh menampung kehidupan seharian. Anda juga boleh ke blog nadiahjaapar untuk baca lebih lanjut kerana di sana lah saya terjumpa maklumat ini.

Semoga bermanfaat,

Sarah M


Cara jaga kereta dengan baik elak kereta mati tengah jalan sibuk.

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca yang dahagakan ilmu sekalian. Apa khabar? Moga pencinta ilmu seperti anda tercari-cari panduan atau cara jaga kereta sehingga bertemu dengan blog saya ini.


Bab baiki kereta serah bulat-bulat pada kaum lelaki :)
Orang yang dah tahu jaga kereta khususnya kaum lelaki memang merasakan mudah sekali menjaga kereta. Bila disebut tentang panduan jaga kereta, mungkin mereka pandang sebelah mata kerana pengetahuan dan cara jaga kereta hanya petik jari saja. Semua dalam kepala.

Boleh buat, tapi lambat la....
Namun berbeza dengan kaum wanita. Walaupun dah bertahun-tahun memiliki kereta, panduan jaga kereta dengan baik tidak juga melekat di kepala. Kaum wanita tetap juga perlukan seseorang untuk tolong pastikan kereta berfungsi dengan baik. Macam saya, saya serahkan semuanya kepada suami saya tapi kadang-kadang bila suami tiada di rumah, terpaksa juga hadapi hal kereta dan ambil tahu. Boleh buat tapi sudah tentu ambil masa yang lama. Serba tak faham, apa nak buat sebenarnya. Serba tak kena.


Panggil pomen je la....
Wanita-wanita yang mempunyai kereta ada juga yang bergantung harap kepada bengkel kereta yang boleh dipercayai. Namun dalam pada itu, ada juga yang dicaj dengan mahal kerana kecetekan ilmu hal pembaikan kereta khususnya harga barang dan khidmat memasangnya kerana tidak biasa. Saya pun tidak biasa. Yang saya tahu, harga ikan, harga ayam, harga sabun, shampu dan lain-lain. Yang itu saya memang terer.
Kereta umpama mesin sedut duit.
Memiliki sebuah kenderaan sebenarnya adalah liabiliti. Harganya bukan main mahal ikut speksifikasi dan susut nilai pula amat tinggi.  Kalau bayar ansuran ambil tempoh masa maksimum, nampak macam kita bayar rendah. Namun kalau ditambah semua ansuran bulanan tersebut, buntang mata tengok harga yang dibayar untuk memiliki sebuah kereta dengan gerannya sekali.

Bila memiliki kereta, wang mengalir bagaikan air untuk memastikan enjin kereta bergerak dengan lancar. Bermula bayaran down payment untuk beli kereta. Kemudian ansuran. Kereta pula perlukan minyak untuk bergerak. Penyelenggaraan bulanan juga penting bagi memastikan  kesihatan kereta pada kondisi yang tip top, berfungsi dengan baik dan selamat.
Tol lagi. Semua pakai duit. 


Penjagaan, Pemeriksaan & Penyelenggaraan Kereta


Terima bulat-bulat cadangan sebab dia yang lebih tahu.
Kebanyakan wanita macam saya (saya mengaku ye) hanya tahu memandu tetapi bila ditanya tentang komponen, pemeriksaan dan penyelenggaraan sesebuah kereta, saya memang tak tahu dan hanya bergantung harap kepada pomen di pusat servis atau bengkel.

Setiap kali ke pusat servis atau bengkel pula pasti ada sahaja komponen yang rosak dan perlu diperbaiki atau diganti sedangkan kita tak pasti betul ke ada masalah. Rasa bersalah pula sebab tak tahu berkenaan komponen kereta, sedangkan tiap-tiap hari kita guna dia untuk ke tempat kerja.

Sebenarnya ada banyak perkara dalam penjagaan kereta ini yang boleh dilakukan sendiri. Inilah langkah menjimatkan wang ringgit yang banyak akibat dari kerosakan yang tidak dijangka. Kos yang sepatutnya sedikit ini akan menjadi berlipat kali ganda bila saya dan anda bergantung kepada pomen semata.



Oleh kerana kurangnya pengetahuan, saya terpaksa percaya dan yakin kepada setiap apa yang dikatakan oleh pomen. Jika mereka jujur, saya mungkin bernasib naik, namun kalau mereka sebaliknya, sudah pasti saya juga yang bayar lebih dan mereka untung lebih.



Rosak tepi jalan.

Saya setuju kalau dah nak rosak, memang tidak boleh di hidu seperti pepatah 'Malang tidak berbau' tetapi banyak masalah yang berlaku pada kenderaan sebenarnya boleh dicegah kalau penyelenggaran berjadual dilaksanakan. Mencegah lebih baik daripada merawat, kan? Keselamatan diri sendiri khususnya wanita macam saya dan pada masa yang sama juga bawa anak ke tempat kerja perlu dititik beratkan jika berlaku kejadian kereta mati di tengah jalan raya yang sibuk atau jalan raya yang kurang orang melaluinya.
Oleh itu penting untuk tidak sesekali memandang remeh atau mengabaikan penjagaan dan penyelengaraan kereta."Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya." Penting dapatkan ilmu serta panduan untuk melakukan pemeriksaan dan penyelengaraan kereta sendiri. Tidak perlu jadi hebat seperti pomen tetapi melalui pengetahuan penjagaan dan pemeriksaan mudah ini sekurang-kurangnya dapat memastikan pemanduan menjadi lebih  yakin, tenang dan selamat tanpa perlu menghantar kereta ke bengkel.

Mudahnya Menjaga Kereta

Mahukah anda semua teknik, panduan serta tips penjagaan dan pemeriksaan kereta dikumpulkan dalam satu buku panduan? Macam buku panduan memasak atau buku resepi. Rasa teruja kan?

Kalau anda nak tahu dalam ebook "Mudahnya Menjaga Kereta", memberikan lebih daripada 50 tips penjagaan kereta kekal tip top untuk jaga kereta lama atau jaga kereta baru. Panduan lengkap merangkumi panduan servis, penjagaan enjin, tayar serta komponen dalam dan luaran kereta untuk kereta tempatan mahupun luar negara! 

Paling penting, kebanyakannya panduan yang diberi merupakan RAHSIA pomen yang dibongkar khas untuk membantu anda berjimat cermat dalam penjagaan kereta. Buat sendiri atau tidak, bila tahu apa nak buat, kos penyelengaraan pasti lebih murah kan?

Berapa harga eBook "Mudahnya Menjaga Kereta" ini? Harga ebook ini cuma RM27 sahaja. Dengan memiliki eBook pada harga semurah ini, anda mampu menjimatkan ratusan malah ribuan ringgit dan yang paling penting ianya dapat memberikan anda rasa yakin dan selamat bila jaga kereta sendiri, yang hanya perlu rujuk panduan eBook “Mudahnya Menjaga Kereta”.


Harga RM 27 anda rasa murah? Betul. Memang murah sebab setiap pembelian eBook ini akan mendapat 2 buah lagi eBook secara PERCUMA. Ya, secara percuma. Dua eBook "Panduan Cuci Kereta" dan "Terbongkar Kes Penipuan Bengkel" diberi begitu sahaja kepada anda bila anda membeli ebook panduan “ Mudahnya Menjaga Kereta”. Penjimatan berganda-ganda. Jimat masa, tenaga dan belanja. Baguskan?

Tidak perlu cerita panjang lagi, jika anda rasakan ebook ini sangat berharga untuk anda dan orang tersayang, dapatkan ia di sini. Kalau anda rasakan pelaburan ini tidak berbaloi untuk berjimat cermat bila sana sini harga naik dan ebook ini tidak beri apa-apa perubahan pun kepada  keselamatan diri dan orang tersayang anda  buat masa sekarang, baca lebih lanjut di sini untuk faham lebih lagi.

Semoga bermanfaat,

Sarah M